Wednesday, August 19, 2009

Ada aku kisah??1


Ada aku kisah…? 1

Aku berlari mendapatkan beg sandang yang aku tinggalkan entah merata-rata, memang dah sejak azali ye perangai aku macam ni suka suki aku je letak barang lepas tu juga macam orang gila cari. Hari ni genap 8 hari ehhh bukan 9 hari 3 jam 12 saat aku berkerja dekat sini maknenya opppss xde maknanya. Cuti semester ni aku kena cari banyak duit untuk tampung kos perubatan aina. Nak dijadikan cerita aku dah banyak kali cuba untuk menjadi kaya tapi tetap juga tak boleh bukanlah sampai jumpa bomoh , berdosa tu tapi kalau nak diikutkan kiraan aku yang add mate pun dapat 0 ni dah 10 kerja aku buat semuanya sebab duit. Entahlah manusia mana yang sesuka hati dia je cakap duit tu tak penting sekarang ni nak masuk jamban atau bahasa lembutnya tandas pun kena duit tau, dah naik pulak tu kalau dulu masuk 30 sen sekarang 50 sen. Nasib baik aku pompuan kalau tak dah lama aku buang kat tempat-tempat tak sepantutnya…tut….pemikiran kotor jangan contohi.

“Syah esok kau masuk pukul 5 tau, bos suruh sebab stok baru nak sampai” jerit ayu, amboi pompuan ni ayat macam siot laaa…..aku jugak yang kena bos ni pun satu taulah si ayu tu ala-ala keperempuan yang melampau aku ni ala-ala kejantanan sikit, ini dah kes deraan ni….

“Pasal apa aku sorang je kene ko nak ke mana?” soalku sambil meletak keras buku baru di hadapan ayu.

“Aku ada date esok so aku cuti hahahah” katanya disertai gelak menyerupai pontianak busuk di waktu malam. Aku mencebik kea rahnya ’pegi mampus lah date kau’ tapi dalam hati je aku ni baik tak sampai hati nak marah ..ewahh baik ke??. Aku meneruskan kerja yang tergantung tadi.

“apa kata kau ngorat je mamat kaya, anak dato ke....tak payah la ko dok pening kepala macam nikan....” dila mengangkat keningnya setelah memberi cadangan yang konon-kononnya bernas. Apa ko pikir aku ni dah buruk lantak nak sapu je semua sebab duit? Hish hish tak mungkin…..bisik hatiku. Cadangan itu ku biarkan seperti angin lalu.

“cik…cik…..” pekikan kuat di telingaku memusnahkan ingatan pada dila, mataku berpaling kepada mahluk yang sesuka sesuki je sergah aku tadi. Bleh pecah gegendang telinga sebelah kiri aku.

“nak apa?” soalku kuat ya lah mengacau je orang nak layan perasaan.

“ nak beli bukulah tak kan nak awak kot…” haa amik kau syahrina gatal sangat sergah pelanggan, aku terus terdiam wajah mamat poyo tu langsung aku tak pandang, malu siot dia cakap macam tu tak control langsung..anak sapo la ni. Mesti masa kecik dulu mak dia bagi dia dengar lagu kuat-kuat tu yang jadi cam ni.

“ hehhh kiralah cepat berangan pulak…” sekali lagi sergahan kuat dari mamat tu abis basah muka aku ken air liur dia. Beberapa orang pelanggan memandang kearah kami. ‘sabar syah jangan ikutkan perasaan, ingat tuhan’ suara hati murni aku tapi tetiba plak terdengar ’ala ko sentap je mamat tu sesuka dia je nak marah kau ingat kau tu bini dia ke apa....’ hishhhh.....

“ apa ni encik sabarlah sikit, sampai basah muka saya ni kena air liur encik, busuk tau tak” lelaki itu memandangnya tajam, syah buat muka bodoh sambil tangannya memberi baki duit lelaki itu.

“tak payahlah… awak ambik je baki tu buat beli pencuci muka sebab jerawat awak tu penuh penuh satu muka” bumm kenyataan ‘membabi buta’ dari seorang lelaki, cihssss tak penah keterunan aku kena kutuk sebab jerawat ini kali pertama…. mamat poyo tu terus blah macam tu je.

Hari ini macam biasa aku sorang sahaja yang akan menjadi mangsa menyusun stok buku-buku baru yang sampai semalam. Ini kalau call tali dera mesti kedai ni tutup tak makanlah bos aku baru padan muka dia. Tapi padan muka aku juga nanti tak ada keje.

Baru nak merehatkan tulang belakang seorang costumer membunyikan loceng macam jual ikan. Hishhh alamak mamat hensem laaa..sekali pandang macam muka mix blood plak, bersamanya seorang budak pompuan yang comel siap tocang dua macam aku kecik-kecik dulu hehe. Mesti bukan anak dia sebab dia muka macam pecah rumah....ehh ye ke hensemlah tiba-tiba hati jahatku berbisik.

”Ada tak buku yang tentang puteri-puteri?” soalnya persis anak kecil, masa tu mukanya berona merah masa tu jugalah aku ketawa terbahak-bahak. Cuak muka saudara dihadapanku... hah aku peduli apa, ada aku kisah. Dia terus duduk separas anak kecil di sebelahnya umurnya kira-kira 6 tahun kot.

”Sayang nak buku apa? Papa tak tahulah...” hah terbuntang biji mata syahrina papa?dah kawin ke alaaahaiiii melepas aku. Hish syah..syah kau tengah kerja jangan pikir tak senonoh. Dosa-dosa laki orang. Tapi umur macam dalam 30 an cam tu ni mesti kes kawin awal ni...haiii best ye kawin...

Selepas hampir beberapa minit berdiri di depan kaunter lelaki tadi macam dah pening melayan kerenah anaknya. ’Mana mama dia tak akan tak ikut’ hati aku bertanya tapi kat hati je lah tak akan aku nak tanya kot. Syahrin tekun memandang dua beranak di hadapannya, Akhirnya bosan nampaknya aku kena turun padang.

” hai...sayang nak buku yang ada puteri pakai gaun cantik kan putera naik kuda? ” tekaku. Hatiku lega apabila anak manis itu laju menganggukkan kepala..pipi manisnya aku cuit lalu aku membawa diri ke tempat buku yang dimaksudkan. Aku membawa beberapa buah untuk dipilih.

” sayang nak yang mana satu? Akak bagi pilihan banyak ni...kalau nak putera yang comel buku ni, kalau nak yang berani buku ni, kalau nak....bla..bla..” aku membuat tawaran.

”nak putera yang hensem macam papa....” jawabnya sudah.... hensem macam papa dia? Mana nak cari, aku memandang wajah lelaki itu jelas wajah itu berona merah mungkin malu dengan pengakuan anaknya.

” emmm.... hensem macam papa ek... yang ni lah...adik amik yang ni ek...” aku memberikan buku itu kepadanya. Dah senyum-senyum kambing plak budak ni kat aku, jangan ingat aku nak ngorat papa kau ek, tak main laki orang. Tapi kalau dia nak ok kot....aku tersenyum sendiri.


Banglo milik Tan Sri Moktar indah disinari cahaya, seisi rumah sedang khusuk dengan makanan yang terhidang di atas meja yang boleh memuatkan 12 orang. Puan Sri Maznah memandang telatah kedua anak lelakinya dan cucu kesayangannya sejak Arwah Yasmin pergi hanya Syakila saja penyejuk di matanya. Hatinya sangat menginginkan penganti menantunya, namun lokman hafizi anak sulongnya tetap dengan setia pada arwah. Nak harapkan si lokman hakim anak bongsunya jangan haraplah nak kata tak hensem, itulah keistimewaan anaknya nak kata tak ada duit sebagai penolong pengarah mustahil itu menjadi masalah. Tapi satu nama perempuan pun tidak pernah terkeluar dari mulut anak kesayangannya itu.

” pak su tadikan ila jumpa akak comel, baik sangat....” syakila memecah sunyi. Hakim hanya memandang anak saudara kesayangannya kemudian matanya menuju ke arah hafizi abangnya.

”haiii along tak akan bawa jumpa ila je kot, ni pengawai penapisan bakal kakak ipar kena tau juga. Hakim mengenakan abangnya

”Hishhh kau ni dengarlah kata si budak kecik ni, bayangkan dekat sejam along duduk kedai buku semata-mata nak cari buku putera katak dia tu” hafizi mamandang anaknya sambil menjulir lidah. Syakila bangun dari kerusinya terus mencubit lengan papanya yang lebih besar darinya.

”aduh..aduh....sakitnya puteri cubit, tolong katak ambik puteri ni” mendengar jeritan alongnya, hakim semakin memberi semangat kepada syakila untuk membuli papanya.

Melihat aksi itu Tan Sri dan Puan Sri hanya tersenyum dan kadang kala terdengar juga mereka menyelah dengan ketawa yang kuat. Gamat suasana keluarga itu sehinggakan bibik juga keluar sama berkongsi kegembiraan.

” Suruh ajalah papa kawin dengan kakak yang ila jumpa tu, nanti dapat mama baru.” sekali lagi hakim mengenakan alongnya hatinya bukan saja bergurau tapi ibarat mendoakan yang alongnya akan dapat mencari penganti cinta kak Yasmin.

” amboi hakim tu macamana umur pun bukan muda lagi dah 29, along pulak yang dia sibukkan, kalau tak ada yang berkenan biar mama carikan yang sesuai anak Datin Murni tu dah lama tanyakan hakim...nak” semua mata tertumpu kepada hakim, ’hishh mama ni aku pulak yang kena anak Datin Murni mulut murai tu Ya Allah simpang malaikat 44.....’

”ila kita gelakkan pak su tulah nak kenakan orang sangat dia yang terkena’’. Sebaik sahaja mendengar kata-kata papanya, anak kecil itu terus mengekek kesukaan. Suka hatinya apabila melihat muncung pak su macam ikan puyu.

Selihat gelak anak buat kesayangannya masih belum berhenti dia bangun dan mendapatkan tubuh kecil itu. Mengekek syakila apabila di geletek oleh pak su nya. Dia segera lari mendapatkan papanya untuk menyelamatkan diri. Suasana kembali riuh rendah dengan jeritan ila dan hakim yang macam budak-budak. Dalam hati hafizi tertanya-tanya kenapa adiknya mesti mengelak jika dibicara tentang cinta atau perempuan adakah sebab dia dijadikan contoh?.


Sudah hampir seminggu dia menjadi pelawat setia hospital besar KL, melihat wajah suram aina yang lena di atas katil dipandang. Entah mengapa air matanya tumpah tiba-tiba, mengapa anak kecil itu yang patut menanggung seksa? Pandangannya beralih kepada Suhana...hah sukarnya berada di tempat suhana entah mengapa sehingga kini kakak angkatnya itu seakan membisu mungkin kerana terpaksa menangung perasaan sedih yang terlampau. Barah darah yang di hidapi aina anaknya banyak menjadikan suhana menjadi insan yang tabah, namun setabah mana hatinya apabila melihat anaknya berperang dengan kesakitan.

” Ana ni aku ada bawakan nasi, makanlah dulu biar aku jaga aina” aku meletakkan bungkusan nasi dah air milo ais di hadapan Suhana, aku tahu dia tidak berminat tapi aku akan pastikan dia makan.

” Rina terima kasih... ” mata suhana memandang tepat ke arahku entah ke berapa juta kali ucapan itu meniti di bibirnya.

Buat sekian kali juga aku hanya mendengar dan tersenyum, sememangnya aku tahu Suhana malu kerana hampir semua perbelanjaan hospital aina aku selesaikan dengan bantuan tulang empat kerat ini. Tapi dasar kasih dan sayang yang tak dapat aku gambarkan ucapan terima kasih atau pengorbanan aku selama ini tidak pernah berbekas di hati ini. Sebrutal-brutal aku ni kalau dengan airmata ni kalah, aku cukup cepat tersentuh maybe sebab aku ni anak yatim piatu kot...ya sebab itu aku tak penah harapkan balasan dengan apa yang aku buat.

” rina kau ajalah yang aku ada......” satu lagi rintihan keluar dari mulut suhana.. rina hanya suhana sahaja yang memanggilku dengan nama itu, selain aina yang memanggilku mak cik aina... nama itu ibarat satu watak lain yang aku lakonkan hanya bersama insan-insan ini. Insan-insan yang paling aku sayang.

Sinaran mata cerita segalanya
Luka lara terpendam
Memori selamam tinggal segala
cinta tiada kembalinya
Abadi cinta kita kau bawa bersama..

Petikan lagu kaer AF izinkan... aku pergi entah kenapa aku layan feeling plak. Terkenang pulak suka duka aku kehilangan orang-orang yang aku sayang. Kipas di siling ligat berputar tanpa henti seligat kepala hotak aku. Pertemuan Suhana pagi tadi membuatkan aku terfikir sekarang ini hanya duit yang mampu membantu...tiba-tiba aku beristifar dalam hati Ya Allah Kau adalah segala-galanya. Aku terus bangun patutlah badan aku ni berat je pikir pun bukan-bukan dan pukul 6.45 nak magrib dah. Dah menjadi keturunan aku kalau tidur waktu macam ni akan terjadilah mimpi-mimpi buruk yang bukan-bukan. Jadi sepanjang hidup aku aku setiasa berusaha untuk tidak tidur pada waktu macam ni melainkan kalau terbabas juga... tak leh nak wat pe....


Tan sri Moktar Hamzah
Teratak Indah,
Lot banglo 45,
Taman permai indah...

Nota kecil itu aku masukkan ke dalam poket beg sandangku, sambil tanganku menekan loceng beberapa kali. Aku telah membuat keputusan untuk menjadi orang gaji kerana tawaran ini adalah tawaran yang gajinya lebih lumayan dari menjaga kedai buku yang hari-hari aku kena bambu tukan. Tapi apa yang pasti segalanya adalah demi aina. Cuti semester yang hanya bersisa ni aku akan gunakan dengan sebaik mungkin sebelum urusan penjualan tanah aku selesai, kami perlukan duit untuk bil hospital.

” assalamualaikum.....” seorang perempuan berkain batik keluar mendapatkan pagar yang mak aiii macam istana. Bestnya jadi orang kaya..

”waalaikumsalam... masuk dulu ya mahu berjumpa Puan Sri iya” haaa dari loghatnya aku sudah meneka inilah bibik bakal roomate aku he3... haii macamana aku boleh terfikir nak jadi orang gaji ni kalaulah Suhana tahu mati aku kena marah.

Mahasiswi jurusan undang-undang kelas pertama, syahrina abdul taib jadi orang gaji bleh masuk paper universiti ni muka depan... hot story. Kalaulah budak-budak kelas tahu ni boleh kecoh satu dunia.. hah aku tetap dengan prinsip pertama ’ada aku kisah....bukan aku mintak duit diorang pun... ewahhh semangat syah..semangat..caiyok-caiyok (pengaruh cite korea).. demi aina apa pun aku sanggup walaupun nyawa aku pertaruhkan.

”mama biar betul dia nak jadi orang gaji macam tak reti buat keje je” hakim meluahkan rasa tidak puas hati, cuak gila mukanya apabila mamanya memperkenalkan orang gaji baru rumahnya.
Dia sendiri tidak menyangka perempuan mulut banyak ni yang mama pilih. Mesti ada sesuatu perempuan ni kalau tak mustahil dia nak jadi orang gaji. Hatinya kuat mengatakan perempuan dihadapannya itu ada maksud tertentu apabila dia dapat melihat cara syakila yang begitu gembira apabila melihat syahrina. ’Muka lawa, perangai je kasar semacam entah-entahdia nak goda along kot....’ matanya beralih kepada alongnya yang tidak berkelip memandang orang gaji barunya. Amboiii.......

” Apa tujuan kau keje kat sini hah??” hah sudah mamat ni nak cari gaduh lagi dengan aku, memang nak cari pasal betul, aku tak ganggupun dia. Peristiwa di kedai buku terimbau kembali.

” Saya kerja ikhlas kerana Allah nak cari rezeki kalau En. Hakim fikir saya ada niat lain semua itu tak betul.” syah kontrol jiwa...kontrol, walau biadap macamanapun dia bos kau ingat ini rumah dia.

Sepanjang seminggu berada di mahligai Tan Sri ni aku dapat merasakan kemesraan keluarga yang tak pernak aku rasa. Mungkin dengan suhana dan aina mereka keluargaku tapi kat sini lain sangat. Aku rasa kalau di beri markah memang aku bagi A lah keluarga ni walaupun kaya Puan Sri layan aku macam anak dia. Cuma aku kurang selesa dengan anak-anak teruna dia je bajet bagus sorang gila kerja sorang lagi dok sibuk siasat aku konon-konon ada niat jahat. Lantaklan syah kau bukan lama kat sini pun bertahan je la....
” Akak menung apa tu? Ingat putera raja ek?” kemunculan syakila mengejutkanku umur syakila hanya muda setahun dari aina. Kelincahan dan kepetahannya membuatkan aku teringat kepada aina. Tidak hairanlah kenapa aku sayang sangat dekat puteri kecil ini.

”Akak tunggu putera datang bawa akak ke istana, hehehe” aku tergelak apabila melihat syakila begitu syok je layan cerita aku. Bukan cerita betul un entah cerita apa aku hentam je, ya lah dengan kemahiran aku yang suka berangan garapan berita yang aku cipta mesti dia sukalah.

” Akak biar ila suruh pak su jadi putera selamatkan akak... tak pun papa pun putera baik...” hahh sudah dok promote jejaka dua orang tu plak, tak pelah ila akak tak nak bisik hatiku.


Walaupun aku ni tak macam perempuan melau terakhir atau kedua terahir tapi bab masak-memaak ni kira chef wan pun tabik springgg arr kat aku bukan nak bangga diri tapi hakikat hehe.. si hakim yang macam singa tu pun akan tunduk je bila makan masakan aku inikan pula hafizi yang pendiam tu konfemm tambah dua pinggan arr. Aku sering kali mendapat pujian berganda dari Puan Sri.

” sedapnya, kalau macam ni hari-hari saya makan dekat rumah sayang” puji Tan Sri.. aku kembang dah...

” emmm....ye lah ni anak perempuan saya yang masak” Puan Sri sekali lagi mengangkat darjatku, aku betul-betul terharu. Walaupun dapat aku lihat jebikkan muka hakim yang macam tenuk tercekik je aku buat bodoh... jelous arr tu...

Malam tu aku mengambil angin tepi kolam memandang keindahan malam. Kalau nak tahu dari aku datang ke rumah ini hinggalah sekarang hanya t-shirt dan jeans menjadi unifom setiap hari lagipun Puan Sri dah cakap dia tak kisah. Setiap malam juga aku akan bertanyakan kabar aina dari suhana.

” jauh menung....”
”oitt....mana ada menung ehhh tak jauh... laaa En hafizi terkejut saya nasib baik tak ada sakit jantung” aku menutup rasa maluku nasib baik latah benda yang elok kalau buatnya aku menari bersilat ke... hah sape yang malu aku juga...(”>)

”maaf kalau buat syahrina terkejut...buat apa kat sini?, kenapa tak makan sekali?” mak aiii lembutnya soalan aku memandang sekilas insan yang sudah duduk di sebelahku. Dup dap dup dap...alamak jantung aku mengalami komplimasi yang kencang.

” tak apa saya tak lapar lagi, saja je nak ambik angin malam...” balasku

” emmm sian dekat malam ni..kan.....” sambungnya lagi aku mengangkat kening menandakan tidak faham dengan kenyataannya...” ye lah dah awak ambik angin saya pun dah jadi panas ni... semua angin awak dah ambik” gurau hafizi..

’Alamak bergurau senda di malam hari la pulak..nasib baik aku cakap ambik angin kalau aku cakap buang angin apa dia kata..hahaha’ bisik hati syahrina

” terima kasih syahrina kerana sudi menjaga anak saya yang nakal tu, sejak akhir-akhir ni dia gembira sentiasa mungkin sebab hadirnya awak” luah hafizi matanya masih memandang kolam walaupun kata-kata itu dituju khas untukku.

” bukan sebab hadirnya saya En. Hafizi tapi sebab bahagia yang datang pada dia mungkin selama ini dia memang bahagia ada keluarga yang sememangnya bahagia...” aku tersenyum sekali lagi aku dapat melihat senyuman hafizi memang dia ni spesies lelaki kacak la......bercahaya je aku tengok.

Lama kami menghabiskan malam bersama banyak cerita dikongsikan kisah mereka semasa kecik, perangai nakal hakim syakila semuanya diceritakan, aku pun macam burung pelatuk dok angguk je. Ada juga persoalan ditujukan kepada aku tapi aku hanya menjawab seringkas boleh. Tahap pengajianku juga tidak aku ceritakan kerana dari awal aku datang hanya dengan sijil spm. Konon-konon aku ni tak berapa la... tu yang nak jadi orang gaji sebab nak cari pengalaman.

6 comments: