Monday, February 22, 2010


Ada aku kisah 2

Hampir sebulan syahrina berkerja membantu menguruskan keluarga ini. malah dia sendiri sudah mula masak dengan sikap setiap insan dirumah besar yang serba mewah ini. dari setua-tua bibik hinggalah semuda-muda syakila. Malah dia juga dapat berlajar satu lagi perkara yang selama ini dia sendiri tak mampu nak lakukan iaitu sabar. Tambah-tambah lagi melayan kerenah syakila, kalau syakila seorang dia tak kisah yang bertambah beban karenah Pak su dia. Siapa lagi kalau bukan Lokman Hakim.

“mana air ni tak sampai-sampai? Kenapalah buat kerja tu lembab sangat” jerit hakim dari ruang tamu.

“maafkan bibik hakim, bibik dekat dapur tadi tak dengar. Hakim nak makan apa?”

“tak apa bibik, Hakim bukan panggil bibik”

Tak sampai 2 minit dia menjerit Syahrina berlari dari dapur dengan segelas air milo di tangan. Dia tergesa-gesa sampai hampir merempuh badan sederhana besar bibik.

“ini airnya Encik Hakim” hulurnya perlahan.

“kau ni pekak ke apa? Aku kata nak air milo ais, ni panas mendidih. Kau ni pekak ke?” jerit Hakim sekali lagi. Syahrina mengigit bibir. Mangkuk betul aku yang pekak ke dia yang nyanyok, bukan mulut dia ke yang mintak air milo panas? Memang nak cari pasal mamat ni. Sekali kena simbah dengan milo panas ni baru tahu langit tinggi ke rendah.

“hah, membebel apa lagi tu, menyata akulah tu pergi cepat ambilkan ais ketul, gila ke nak minum panas macam ni?” syahrina menjeling geram. Dia tahu anak majikannya tu sengaja.

“baik Encik Hakim”

“ehhh ini ais ke air ni dah cair? Macamana kau buat kerja ni” jerit lagi. kalau hari-hari kena jerit macam ni alamat jadi OKU lah, tak cacat pendengaran, terus masuk Gol. Arwah aku.

Bawang dihiris laju. Dengan kepakaran yang tak seberapa yang ditinggalkan arwah mak bolehlah kalau setakat nak masak ala kadar. Tapi seperti yang dijanjikan dia bukan sebagai orang gaji yang menguruskan rumah sepenuhnya tapi dia lebih kepada menguruskan anak kecil. Syakila yang comel...anak kecil itu sudah mencuri kasihnya.

“kak Rina masak apa hari ni?” tanya si kecil dengan lolipop di dalam mulut.

Syahrina tersenyum wajah manis Syakila dipandang. Comel. Mesti arwah mama dia comel. Sempat dia menilik wajah kecil itu. Dia hanya kembali meghabiskan tugas yang tadi terhenti. Lagi sikit. Bibik hilang entah ke mana, munkin keluar ambil daun kari.

“Ila nak makan apa? Akak boleh masakkan”

“emm kalau nak makan nasi goreng..” dahi syahrina berkerut mendengar permintaan anak kecil itu. Nasi goreng apanya dah dekat tengahari ni. Hishh hah inilah padahnya lebih dimanjakan, dia juga yang susah. Tapi dia juga yang tanya tadi. Eii gatal betul mulut ni.

“nasi goreng makan tengahari ke? Apa kata nasi goreng esok pagi boleh?, sebab akak ada masak ayam goreng special untuk Ila, rugilah kalau tak makan” yes, psikologi time. Helah bela diri.

Seperti biasa kaedah dan pendekatannya berjaya. Diapun pelik bila dikatakan anak kecil ini nakal sesangat sampai susah dikawal kata papanya. Tapi bagi dia Syakila senang dibawa berbincang dan mudah kalau kena tempatnya. Senang dikatakan dia seorang kanak-kanak yang matang dan mampu memberi fikiran sama macam orang dewasa.

Selesai menguruskan urusan Dapur bibik datang membawa daun kari. Orang tua itu nampak lelah menahan penat. Haii kenapa penat pulak?

“kenapa bibik?”

“tadi bibik terjumpa Mak Jah, jiran sebelah, berhenti pulak bersembang. Sampai terlupa pasal daun kari dekat tangan ni” ujarnya dengan senyuman bersalah.

Syahrina juga tersenyum. “tak apalah bibik, esok kita masak kari, ayam tadi Rina dah goreng dan tumis berempah madu, semua dah selesai tinggal makan je” katanya bangga. Memang kalau ikutkan bukan tugas dia masak memasak ni tapi tak salah kalau dia membantu.

“ya Allah terima kasih Rina, baik betullah rina ni”

“sikit punya hal je bibik”

Mereka tersenyum lagi apabila syakila mengangkatkan ibu jarinya tanda bagus.

Syahrina tersenyum mendengar riuh rendah suara ketawa Syakila yang menuruni tangga dengan Encik Hakim. Satu lagi tradisi keluarga ini yang membuatkan dia kagum dengan keluarga Tan sri mokhtar ini iaitu makan malam bersama, barisan pelbagai jenis lauk pauk yang tersusun cantik di atas meja membuatkan dia tersenyum bangga dengan hasil tangannya. Seisi keluarga sudah duduk di meja.

“wahh bibik Istimewa masakan malam ni?” puji Tan sri Mokhtar.

“bukan saya yang masak Tan Sri. Ini semua Rina yang masak” terang Bibik sambil tersenyum.

“emmm nampak sedap” giliran Puna sri pulak membuatkan hidung syahrina bertambah kembang. Maklumlah kena puji.

“belum rasa jangan puji dulu. Nampak cantik tak semestinya sedap” sinis kata-kata itu. Mematikan senyuman syahrina. Siapa lagi kalau bukan datangnya dari mulut Hakim.

“Hakim...” tegur Hafizi. Dia dapat melihat perubahan wajah wanita yang berdiri bertentangan dengannya.

Hakim menjeling Alongnya. Apalah yang tak kena dengan alongnya ni, entah-entah dah jatuh cinta dengan orang gaji ke apa?. Hishh tak boleh biarkan ni. Wajah Syahrina dipandang tajam. Memang dari awal jangkaannya tepat kedatangan perempuan ini mesti bersebab. Belum sempat dia ingin bersuara kedengaran suara si kecil membaca doa. Semua mata memandang ke arah Syakila. Syahrina tersenyum. sempat dia mengangkat jari tanda bagus kepada Syakila. Hafizi tersenyum tahulah dia siapa yang mengajar anaknya.

Tan sri dan Puan sri tersenyum bangga, bibir kecil itu membuatkan mereka di meja makan diam sambil melirik ke arahnya. Hakim juga sempat menangkap riak wajah gembira orang gaji barunya. Tiba-tiba jantungnya berdetik laju. Hishhhh....

“bagusnya girlfriend pak chu ni” puji hakim. Terus hilang marah dihatinya. Mereka menikmati makan malam macam biasa. Hakim mencebik apabila ada saja pujian dari mulut mamanya bila merasa lauk di depannya. Tak ketinggalan papa yang makan bertambah.

“Syahrina dengan bibik marilah makan sekali”pelawa Hafizi.

“tak apalah Encik kami makan dekat dapur saja nanti” tolak bibik sambil tersenyum malu. Bukan dia tak biasa malah sudah hampir 10 tahun dia dengan keluarga itu namun tidak pernah sekali-kali dia melanggar batasannya sebagai orang gaji.

Syahrina sibuk melayan telatah Syakila. Kulit udang dikopekkan lalu dimasukkan kedalam pinggan anak kecil itu. Dia ralit melakukan kerja itu sampai tak sedar semua mata memandang ke arahnya.

“kenapa?” tanyanya perlahan apabila menyedari dirinya menjadi perhatian, ada yang tak kena ke dengan muka aku? Bisik hatinya.

“Puan sri ajak rina makan” melihat bibik yang sudah menyuap nasi kedalam mulut membuatkan dia terasa malu. Boleh pulak tiba-tiba dia berangan.

“tak apalah nanti saya makan dekat dapur” ayat cover malu. Semua mata masih lagi pegun ke arahnya. Akhirnya dia menarik kerusi di sebelah bibik dan menyambut pinggan yang dihulurkan oleh bibik.

“Kak Rina nak udang lagi...” rengek Syakila.

“Rina jangan manjakan sangat si Ila ni” tegas kata-kata Hafizi. Dia tak mahu anaknya dimanjakan. Sejak syahrina menjadi penjaga syakila dilihat anaknya itu makan bersuap, tidur didodoi dan macam-macam lagi perubahan anak manjanya itu.

“ila kan boleh ambil sendiri?” ujar hafizi perlahan.

Syakila tersenyum mendengar arahan papanya, tapi udang yang berada dalam pinggan dimasukkan ke dalam mulut yang masih penuh dengar nasi. Hafizi mengelengkan kepalanya. Ada saja telatah anaknya yang membuang marahnya. Satu-satunya buah hati yang menjadikan dia kuat sehingga kini.

“mama ila nak air...”

Bulat mata hakim dan hafizi mendengar ayat yang keluar dari mulut anak kecil itu. Syakila masih lagi menghulurkan gelas ke arah Syahrina. Suasana meja makan sunyi. Syahrina cuba bernafas perlahan. Hampir tersedak dia mendengar panggilan yang lahir dari mulut syakila. Aduhhh bila pulak si budak ni nak bermama-mama dengan aku ni. Nafasnya bertambah sesak apabila setiap mata di situ memandangnya.

***

“apalah Ila ni buat lawak macam tu, nasib baik kak Rina tak mati tahu tak?” marahya pada si kecil.

“alaaa terlepas....” Syahrina tersenyum melihat syakila menutup mulut kecilnya,

“janji jangan buat lagi...tadi nasib baik akak selamat kalau tak mati akak tahu tak” pipi kecil yang sudah terbaring di katil dicubit perlahan.

“Ok..janji”

Selimut pink itarik ke dada.. mata anak kecil itu masih tekun memandangnya. Ada kesayuan dalam anak matanya. Syahrina tersenyum, bukan dia marah tapi dia tak mahu keluarga tan sri salah faham dengan apa yang diucapkan syakila. Walaupun mereka kelihatan tak kisah dengan peristiwa tadi tapi jelingan hakim dan Encik Hafizi yang mendiam diri membuatkan dia serba salah.

“tapikan best kalau Ila ada mama...mesti seronok..macam ana, Intan, su semua ada mama..Kak rina tahu setiap kali balik sekolah mesti mama diorang cium pipi..” kata-kata itu membuatkan Syahrina kembali berpaling.

“tapi Ila kan ada papa, pak chu, nenek, atuk hari-hari boleh cium kan...”

“tapi ila tak ada mama...” syahrina mencapai tangan kecil syakila, dicium lembut. Rambut yang keperang-perangan milik si kecil di usap lembut.

“Ila kena bersyukur tau..sebab ila masih ada papa, pak chu, nenek, atuk yang sayang dekat Ila..ila tak sama macam ada setengah yang dah tak ada sesiapa pun dekat dalam dunia ni. Macam akak...tak ada mak, ayah saudara”

“sian kak Rina” tiba-tiba tubuh kecil itu mendakap kuat bahunya. Dia tersenyum. Dia tahu sakitnya bila hidu tanpa orang tersayang..dia dapat rasakan yang ila adalah sejarah hidupnya dulu.

Lokman Hafizi mengusap wajahnya. Perlahan pintu bilik anaknya ditarik rapat, niatnya untuk berbual dan membacakan buku untuk syakila sebelum tidur hilang dibawa angin. Anaknya dahagakan kasih sayang, betul kata mamanya kasih sayang yang diberinya tak akan mampu mengisi kekosongan kasih yang ditinggalkan Yasmin.

‘Min...abang rinukan Min..anak kitapun rindukan min...’ hati kecilnya melepaskan kata rindu. Sesungguhnya memang tiada lagi perempuan lain yang mampu membuka hatinya. Hati kecilnya seakan sudah penuh dengan wanita bernama Yasmin yang sidah lama pergi meninggalkannya.


Kunci kereta berpusing-pusing dihujung jari. Pagi ini Hakim bangun agak lewat. Kalau tidak bibik yang mengetuk pintunya subuh tadi alamat hanyutlah.. nasib baik. Langkahnya diatur kemas menuju ke ruang tamu sambil mata melilau mencari seseorang.

“ ila..ila...” panggil hakim. Dia sudah bersandar di sofa. Menanti puteri kecil dari tadi tidak kedengaran suara manja itu.

Kalau selalunya, setiap pagi pasti tidurnya akan diganggu dengan jeritan anak buah kesayangannya itu. Tapi pagi ini tidurnya terjaga sendiri. Tiada jeritan tiada gangguan, aman damai. Pelik bin ajaib.

“Ila..ila” sekali lagi nama itu dipanggil..

“hakim panggil siapa?” tanya bibik dengan tangannya masih memegang pisau.

“Ila mana Bibik?”

“dia ikut syahrina pergi jalan-jalan” Hakim mecebik. Suka potong jalan aku budak nilah. Aku baru nak bawa anak buah ku jalan-jalan. Hishh... siaplah kau balik nanti.

***

Syahrina melepaskan lelah, seharian dia di dera oleh majikannya ada saja kerja yang tak sepatutnya dilakukan. Dari angkat pasu hinggalah susun buku yang sedia ada susun. Nasib baik dia mampu mengawal api yang semakin membara di dalam hati. Entah dekat mana salahnya otak Encik Hakim tu dia sendiri tak tahu. Bibik yang ada depan mata tak pulak di suruh. Lelaki itu sanggup menjerit sekuat hati memamnggilnya semata-mata inginkan air suam.

Seperti biasa waktu macam ni barulah dia boleh merehatkan otak dan badan. Terasa penat yang teramat sangat. Perlahan MP4 di tangan dibukan. Telinganya dipenuhi dengan alunan lagu kegemarannya. Kepla diletakkan atas bantal. Hahhh sedapnya.

“Ila nak Kak Rina juga..nak kak rina juga” telingannya dapat mendengar suara si kecil merengek. Dia memperlahankan Volume MP4. telinganya lebih mendengar apa yang berlaku di luar. Pintu biliknya yang tertutup rapat dipandang.

“Ila, papakan ada.. janganlah kacau kakak. Lagipun kan papapun boleh baca cerita tu” kedengaran suara Encik hafizi pula.

Anak itu masih tak puas hati. Syahrina menanti apa yang akan berlaku lagi. dia malas bertindak ini bukan lagi waktu kerjanya. Biarlah Syakila punya masa dengan papa dan keluarga Tan Sri. Kalau dimanjakan nanti dia juga yang terikat.

“kenapa ni Along?” satu lagi suara muncul. Butang OFF MP4 ditekan. Ingin menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang berlaku di luar biliknya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.45. mak aikk dah dekat pukul 12 tak tidur lagi budak Ila ni.

“macam biasalah anak saudara kesayangan kau ni” suara Encik Hafizi. Syahrina tersenyum. lucu pula kata-kata itu dipendengarannya,

“habis tu buat apa dekat situ?” tanya Hakim lagi.

“Nak Kak Rina dia cerita sebelum tidur”

“pak chu ada cerita baik punya untuk Ila, kali ini Pak su cerita siap dengan sound effect lagi” pujuk Hakim. Ada ketawa di hujung kata-katanya.

“pak chu nak cerita apa..” anak kecil itu bertanya lagi. Soalannya seakan begitu berminat.

“adalah...jom kita naik bilik pak chu” lantas tubuh kecil itu didukung. Sempat dia berpesan kepada Alongnya supaya menyediakan susu untuk dia dan Syakila. Bulat mata Hafizi mendengar arahan adiknya tapi kakinya melangkah juga ke dapur. Bukan dia tak biasa buat sebelum ni.

Keadaan sunyi kembali. Mungkin mereka sudah tiada di depan bilik. Syahrina mengeleng perlahan. Pandai juga Encik Hakim memujuk anak buahnya. Nasib baik....

syahrina sudah duduk tegak di atas katilnya. Bukan dia tak kesian mendengar kata-kata anak kecil itu tapi dia perlu memberi ruang untuk orang lain di dalam rumah ini untuk syakila. Lagipun dia tidak mahu anak kecil itu terlalu rapat dengannya walaupun sebenarnya dah rapatpun. Mp4 dipasang kembali. Dia menutup lampu tidur.

Disebabkan mahligai indah Tan sri ni banyak bilik jadi dia tak perlu berkongsi bilik dengan bibik. Dia di beri sebuah bilik yang agak selesa. Bilik di rumah sewanya sendiri tak seselesa ini. macam sarang tikus. Entah-entah tikus punya sarang lagi cantik.

Preghhhhhh!!!!!!! Deraian benda pecah kedengaran kuat..

Syahrina pantas bangun, siapa tu Bibik?....sempat dia bersoal dalam hati.

8 comments:

  1. besh cte ni...
    nk lg..nk lg..hehe~~~
    sesungguhnye penantian itu stu penyiksaan cik writer...
    huhuhuhu~~~

    ReplyDelete
  2. sikitnyer...bile mau update nie......

    ReplyDelete
  3. bestnye..................nak lagi...........apapun, akak follow...............

    ReplyDelete
  4. kadang2 naik bosan bila buka blog tk update lg. lama mnunggu!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. selama ni pandang sepi jek..cite ni, ari ni..tangan ni terasa gatal lak nak tekan..rupanya best jugak..kelakar, senyum2 sumbing bila baca...semua rasa pun ada dlm satu kuali syarina..heheheheh...kalau rajin or dapat idea..upload ler lagik ye.....

    ReplyDelete
  6. salam ..kenapa tak sambung..macam kekawan yg lain kata..tak bestla..tak ada update lagi cerita ni..penat tau masuk blog u..tapi hampa..macam hidup ni krg ceria pulak menanti cerita ni bersambung....

    ReplyDelete